Tentang
Integriti, profesionalisme dan kecemerlangan dalam setiap perkhidmatan yang kami tawarkan.
Latar belakang syarikat
FR Lab Engineering & Services bermula dengan menyediakan perkhidmatan ujian coring. Hasil daripada pengalaman teknikal, komitmen terhadap kualiti dan kepercayaan pelanggan, syarikat terus berkembang serta memperluaskan skop perkhidmatan dalam bidang pengujian bahan dan kejuruteraan.
Kami menyedia dan mengendalikan perkhidmatan makmal untuk kerja-kerja kejuruteraan awam dalam industri pembinaan, penyelenggaraan jalan raya dan bangunan — khususnya dalam ujian penentuan kawalan kualiti bagi sektor kerajaan dan swasta.
Sebagai makmal ujian persendirian bebas milik penuh bumiputera, kami dibarisi kakitangan yang berpengalaman dan mampu berdaya saing dengan syarikat terkemuka.
Ucapan Ketua Pegawai Eksekutif
"Kami percaya kejayaan jangka panjang dibina melalui kepercayaan pelanggan, pematuhan standard, kecekapan teknikal dan penambahbaikan berterusan. Kami komited melaksanakan setiap tugasan dengan ketepatan, ketelusan dan tanggungjawab profesional."
Falsafah kami
Sejak penubuhan, fokus kami adalah memberikan penyelesaian berkualiti tinggi, konsisten dan menepati keperluan pelanggan serta piawaian industri.
Berpandukan visi yang jelas dan pendekatan berdaya maju, FR Lab Engineering & Services akan terus berkembang sebagai rakan strategik yang dipercayai, mampan dan berdaya saing dalam industri ini.
Hala tuju
Menjadi usahawan bumiputera terkenal yang menjalankan perkhidmatan makmal dengan kelengkapan peralatan yang sempurna, moden dan terkini.
Komitmen kualiti
Kami komited menyediakan perkhidmatan ujian cemerlang dengan pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, secara konsisten.
Menyediakan perkhidmatan ujian secara profesional, efisien, tepat pada masanya dan boleh dipercayai, mengikut kaedah standard yang diiktiraf. Kami beriltizam untuk:
Penunjuk pencapaian yang digariskan untuk merealisasikan dasar kualiti kami:
Pasukan kami
Struktur pengurusan dan teknikal yang menyokong setiap perkhidmatan kami.
Rasmi